''UNTUK menjadi pemimpin, keperluan untuk menguatkan amalan konsep M.I.B sangatlah mustahak. Jangan sekali-kali cuba menganut ideologi atau sistem lain dari ideologi dan sistem M.I.B''. - Titah Sempena Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Kabinet.
DARIPADA Ibn Umar Radiallahuanha, beliau berkata bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memegang belakang beliau lalu bersabda : “Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan orang asing atau pengembara”. Lalu Ibn Umar Radiallahuanha berkata : “Jika engkau telah berada pada waktu petang, maka janganlah dinantikan waktu pagi. Jika engkau berada pada waktu pagi, maka janganlah dinantikan waktu petang. Pergunakanlah waktu sihatmu sebelum waktu sakit dan waktu hidup sebelum mati’’. - (Hadis Riwayat al-Bukhari)
SYARIKAT Anson International Sdn. Bhd. menyediakan fasiliti bersepadu penyelenggaraan marin dan pentauliahan yang pertama seumpamanya di Negara Brunei Darussalam di mana ia akan mampu menyediakan pelbagai perkhidmatan penyelenggaraan kepada kapal marin, perkhidmatan penamatan untuk struktur akhir hayat seperti aset luar pesisir dan perkhidmatan sampingan lain termasuk kejuruteraan, fabrikasi dan pengendalian sisa.
SUMBER : Pelita Brunei, Sabtu, 11 Mei 2024.
Jabatan Penerangan Brunei Darussalam